Kelas Asas Laravel
- System Development
Belajar Bina Aplikasi Web dengan Laravel
Laravel ialah rangka kerja PHP yang popular dan banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi web moden. Dengan sintaks yang bersih dan pelbagai ciri terbina dalam, Laravel memudahkan pembangunan aplikasi yang cekap, selamat, dan berskala. Kelas ini direka untuk membantu anda memahami asas hingga tahap lanjutan, termasuk routing, middleware, Blade templating, Eloquent ORM, serta pengesahan pengguna. Belajar secara santai dengan trainer yang berpengalaman secara fizikal atau alam maya (online).
Kelas ini sangat sesuai untuk anda yang baru mula belajar atau nak improve skills aplikasi web dengan Laravel!
Ketahui lebih lanjut :
Module
1. Persediaan Laravel & Struktur Projek
   – Memasang Laravel & menyediakan persekitaran pembangunan
   – Memahami struktur folder Laravel
   – Mengkonfigurasi fail .env dan tetapan aplikasi
2. Asas Routing & Middleware
   – Mendefinisikan dan menguruskan laluan
   – Melaksanakan parameter laluan & laluan bernama
   – Mencipta dan menggunakan Middleware untuk penapisan permintaan
3. Blade Templating & Reka Bentuk UI
   – Pengenalan kepada Laravel Blade
   – Membina layout boleh guna semula dengan @extends dan @yield
   – Menggunakan komponen dan direktif untuk UI yang dinamik
4. Migrasi Pangkalan Data & Eloquent ORM
   – Memahami migrasi pangkalan data & penyediaan skema
   – Mencipta model dan hubungan (One-to-One, One-to-Many, Many-to-Many)
   – Query pangkalan data dengan Eloquent ORM
5. Pengesahan & Validasi Borang
   – Pengesahan pengguna dengan Laravel Breeze/Sanctum
   – Melaksanakan login, pendaftaran, dan reset kata laluan
   – Melindungi data dengan validasi borang & pengendalian ralat
Apa yang
anda akan dapat?
- Bimbingan dari trainer berpengalaman
- Pembelajaran interaktif & latihan praktikal
- Akses ke rakaman sesi & nota eksklusif
- Sijil penyertaan selepas tamat kursus
- Support Group selepas tamat kelas



Daftar Kelas
FAQ
Ya! Latihan ini disusun untuk pemula serta mereka yang mempunyai asas dalam PHP dan ingin mendalami Laravel.
Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, bergantung kepada keperluan peserta.
Pengetahuan asas PHP disyorkan, tetapi kami akan menerangkan konsep asas PHP bagi mereka yang baru.
Kelas ini sangat praktikal! Anda akan bekerja dengan projek Laravel dunia sebenar sambil mempelajari konsep penting.
Selepas pendaftaran, anda akan menerima e-mel pengesahan bersama maklumat bengkel, termasuk jadual kelas dan akses ke bahan pembelajaran.
Kami memahami cabaran kewangan bagi pelajar. Hubungi kami untuk mengetahui jika terdapat sebarang harga khas atau promosi yang sesuai untuk anda.
Ya, setiap peserta yang berjaya menyelesaikan kelas akan menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas penyertaan mereka.