Cara Mudah Kongsi Konten ke Banyak Platform!

Pernah tak anda rasa penat buat konten untuk Instagram, lepas tu kena buat semula untuk Facebook, LinkedIn, TikTok, dan platform yang lain? 

Kalau ya, anda mungkin belum kenal dengan satu trik yang sangat berguna iaitu Cross-Posting!

Apa itu Cross-Posting?

Cross-posting ni maksudnya kita post benda yang sama dekat banyak tempat atau platform sekaligus.

Contohnya, anda buat satu post tentang suatu produk di Instagram, lepas tu anda share post tu di Facebook, Twitter, TikTok, atau LinkedIn. Post yang sama tu keluar di semua platform. Itu lah cross-posting.

Share this Posts

Category

Kelebihan Cross-Posting

Jimat masa

Lebih ramai boleh tengok

Kekal Konsisten

Senang pantau prestasi

Tips penting supaya cross-posting berkesan

Edit mengikut platform

Contoh, Instagram lebih visual, jadi gambar atau video kena bagus. Berbeza di LinkedIn, mungkin ayat kena lebih formal atau informatif.

Jangan Terlalu “Copy&Paste”

Sesuaikan caption mengikut kesesuaian setiap platform supaya orang rasa konten tu memang untuk mereka, bukan sekadar copy dan paste.

Guna Tools

Guna tools seperti: Buffer, Hootsuite, atau Meta Business Suite. Anda boleh jadualkan semua post dan sistem yang akan tolong postkan.

Conclusion

Kita semua sibuk, tapi dengan strategi bijak macam cross-posting, anda boleh jimat masa dan dalam masa yang sama boleh capai lebih ramai orang. Jadi, lepas ni kalau dah hasilkan satu konten yang menarik, jangan simpan untuk satu platform je.

Sebarkan!

Selamat mencuba dan happy posting!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *